Tips Mengenali Single Phase

 

Cara #1: Lihat meter

 

Terdapat hanya 2 wayar sahaja

 

 

Cara #2: Sila lihat Main Switch / Distribution Box (DB) anda

 

 

Setelah anda mengenalpasti sistem pendawaian di rumah atau premis anda adalah Single Phase, kini anda berpeluang untuk mendapat penjimatan setiap bulan. Anda tidak perlu mengorbankan keselesaan anda. Tidak perlu menukarkan peralatan elektrik anda, tidak perlu membuat usahsuai pendawaian, tidak perlu buat penyelenggaraan, cuma yang perlu dilakukan hanyalah memasang alat penjimatan ini sahaja!

 

Tips Mengenali 3 Phase (3 fasa)

 

Anda boleh mengenali pendawaian 3 Phase dengan 3 cara. Mana-mana salah satu DB / Main Switch / Circuit Breaker di bawah ini mungkin terdapat pada premis anda.

 

 

    Cara #1: Lihat meter

 

Terdapat 4 wayar termasuk wayar berwarna merah, kuning dan biru

 

 

 

Cara #2:

  Zoom-> 

Sekiranya 3 suis bercantum seperti gambar di atas, maka ia adalah 3 Phase.

 

Cara #3:

  Buka peti fius ->   

 

Sekiranya DB/ Circuit Breaker anda hanya ada 1 suis utama sahaja (biasanya ia berwarna merah) dan apabila anda membuka peti DB tersebut, didapati 3 warna iaitu merah, kuning, biru pada DB / Circuit Breaker anda, maka ia juga adalah 3 Phase.

 

 

Cara Pemasangan 3 Phase:

 

Pasang satu unit Power Saver pada setiap Phase iaitu pada setiap Phase 1 (merah),

Phase 2 (kuning), Phase 3 (biru). Bermakna 3 unit Power Saver diperlukan.

 

Anda mungkin memerlukan seseorang yang mahir elektrik atau electrician untuk pemasangan 3 Phase kerana soket atau power point setiap phase perlu dikenalpasti terlebih dahulu untuk memasang power saver ini samada ianya pada Phase 1, 2 dan 3. Ini bagi mengelakkan semua unit Power Saver dipasang pada phase yang sama (redundant).

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh memasang soket (power point) tambahan yang boleh dipasang berdekatan DB/Circuit Breaker.