Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan

Untuk Pelanggan AlatJimat.com

 

1.  Jaminan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak AlatJimat.com sebagai penjual.

2.   Syarat jaminan ini berkuatkuasa mulai hari Khamis, 21hb. Julai 2008.

3. Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar dimana wang anda akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas menggunakan Power Saver ini.

4.   Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh belian.

5.  Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan penggunaan Power Saver secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Power Saver dapat dilakukan secara adil.

6.   Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan semasa menggunakan Power Saver. Pada tempoh ini anda dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau menggunakannya dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti.

7.   Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan pertama, bulan kedua dan bulan ketiga selepas pemasangan Power Saver dengan bil-bil elektrik tiga bulan sebelum menggunakan Power Saver.

8.  Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada bulan keempat hinggalah bulan keenam.

9.   Hantarkan terlebih dahulu 3 bulan salinan bil-bil elektrik selepas menggunakan Power Saver dan 3 bulan salinan bil-bil elektrik sebelum menggunakan Power Saver kepada kami melalui email. Ini bagi membolehkan kami membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil elektrik anda.

10. Hantarkan juga Resit dan Warranty Card yang diberikan bagi memastikan anda adalah pelanggan AlatJimat.com.

11. Hantarkan juga alat Power Saver secara pos kepada kami. Untuk kemudahan penghantaran pos, anda boleh menggunakan penghantaran Poslaju dimana ia adalah cepat dan selamat.

12. Alat Power Saver hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh digunakan. Power Saver yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan.

13.  Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda.

14. Kos pengurusan sebanyak RM50 akan ditolak daripada harga setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit Power Saver berharga RM230, maka jumlah wang yang akan dikembalikan kepada anda ialah RM230 ditolak RM50 (caj perkhidmatan) = RM180.

15.  Jika 2 unit dipulangkan bermakna caj perkhidmatan adalah RM100 dan begitulah seterusnya.

16.  Polisi ini tertakluk kepada pelanggan-pelanggan yang membeli pada harga penuh sahaja (full purchase price).

17.  Kami berhak untuk mengubah polisi ini tanpa sebarang notis.