Laman Utama

      Order

      Soalan Lazim

      Daftar Agen

      Hubungi Kami

 

Admin

 

Newsletter Advantech4U

(Informasi produk & promosi terkini)

 

 

 

Links:

 

Alat Jimat petrol

 

Tambah kuasa kereta

 

Soalan Lazim

 

 

1.     Saya masih kurang jelas bagaimana Power Saver berfungsi?

2.     Apa fungsi penstabil voltage atau stabilizer ini?

3.     Tak salah ke guna alat ini? Saya bimbang akan didakwa oleh TNB kerana mencuri elektrik.

4.     Jadi, kalau macam tu siapa yang bertanggungjawab pada alat elektrik di dalam rumah samada ia selamat atau tidak? SIRIM ke?

5.     Power Saver ini ada pengesahan dari ST ke?

6.     Apa maksudnya Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan?

7.     Betul ke Power Saver ini boleh menjimatkan bil elektrik?

8.     Adakah kerajaan atau pihak ST melarang penggunaan alat ini?

9.     Bagaimana caranya memasang alat ini?

10. Adakah Power Saver ini memerlukan penyelenggaraan?

11. Adakah perlu pengubahsuaian pada pendawaian elektrik sedia ada?

12. Adakah alat ini ada Jaminan atau Warranty?

13. Apakah skop Jaminan 12 bulan tersebut?

14. Apakah yang tidak dijamin dalam tempoh Jaminan 12 bulan?

15. Saya berminat dengan alat ini dan ingin membeli. Bagaimana caranya?

16. Jika berlaku kerosakan ketika penghantaran pesanan, bagaimana? Ada jaminan tak?

17. Saya nak mencuba dahulu. Boleh tak bagi free dulu? Kalau berkesan baru saya beli?

18. Adakah alat ini selamat?

19. Adakah saya perlu onkan power saver ini setiap masa?

20. Bagaimanakah untuk menentukan model Power Saver yang sesuai untuk saya?

21. Apakah bezanya pemasangan untuk Single Phase dengan 3 Phase?

22. Bolehkah ketiga-tiga model tersebut digunakan pada Single Phase atau 3 Phase?

23. Apakah saiz sebenar Power Saver ini. Besar ke atau kecil?

 

1.) Saya masih kurang jelas bagaimana Power Saver berfungsi?

 

Power Saver ini adalah satu alat khas yang mengandungi kapasitor di dalamnya. Kapasitor ini berfungsi untuk menambahkan tenaga bagi membolehkan meningkatkan peratusan power factor tanpa menjejaskan prestasi sebenar peralatan elektrik sedia ada.

 

Power Saver adalah dikategorikan sebagai 'gadget' atau peralatan istimewa yang boleh digunakan dengan sah dan selamat. Ia adalah sama sepertimana anda memasang TV, peti ais dan kipas angin. Tiada yang pelik pada alat ini!

 

Penggunaan kapasitor untuk penjimatan dan mengawal selia pembaziran tenaga adalah kaedah yang sudah lazim digunakan oleh pihak-pihak pembekal tenaga kepada pengguna seperti Tenaga Nasioal Berhad (TNB) di Semenanjung, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) di Sarawak.

 

Perbezaannya, power saver ini adalah untuk skala penggunaan yang kecil seperti perumahan, pejabat, dan IKS iaitu penggunaan bulanan di antara 350kWH sehingga 10,000kWH sahaja.

 

Bukan sekadar penjimatan elektrik, ia juga berfungsi sebagai penstabil voltage dimana ia dapat mengawal kuasa yang secukupnya semasa berlaku ketidakstabilan kuasa yang dibekalkan di rumah atau premis anda.

 

Back to top

 

2.) Apa fungsi penstabil voltage atau stabilizer ini?

 

Untuk makluman, kadar voltage yang dibekalkan di Malaysia adalah di antara 220 - 240V. Voltage ini boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Kekerapan berlakunya ketidakseimbangan voltage boleh menyebabkan mudahnya berlaku kerosakan pada alat-alat elektrik.

 

Dengan adanya fungsi 'stabilizer' yang dimiliki oleh power saver ini, maka ia dapat membantu mengawal voltage tersebut agar lebih konsisten seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda.

 

Back to top

 

3.) Tak salah ke guna alat ini? Saya bimbang akan didakwa oleh TNB kerana mencuri elektrik.

 

Penjimatan kaedah Power Factor adalah cara yang disyorkan oleh ST. Ianya sah dan tidak salah disisi undang-undang. Anda bukan mencuri elektrik. Pemasangan alat ini sama seperti alat elektrik lain seperti TV, peti sejuk dan sebagainya. Anda tidak perlu mengubahsuai apa-apa. Anda tak perlu sentuh meter!

 

Anda harus faham bidang kuasa pihak TNB, SESB, SESCO. Sebarang alat elektrik yang dipasang di dalam rumah bukan menjadi tanggungjawab mereka. Contohnya, anda memasang TV, peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya.

 

Adakah anda perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu? Mereka hanya bertanggungjawab pada peralatan yang dipasang daripada meter sehinggalah ke ibu sawat. Namun pernahkah sesiapa memasang atau menganggu peralatan mereka di tempat tersebut? Mungkin ada mungkin tidak. Yang ada tu siapa ye? ..yang curi kabel! :-)

 

Oleh itu, adalah kesalahan besar jika anda mengubahsuai atau menggangu peralatan mereka bermula dari meter hinggalah ke ibu sawat. Saya pasti anda tentu tidak akan melakukannya.

 

Back to top

 

4.) Jadi, kalau macam tu siapa yang bertanggungjawab pada alat elektrik di dalam rumah samada ia selamat atau tidak? SIRIM ke?

 

Pihak yang bertangungjawab sepenuhnya untuk memantau penggunaan sesebuah peralatan elektrik di dalam rumah ialah Suruhanjaya Tenaga (ST). Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Bekalan Elektrik (JBE). Bukannya SIRIM!

 

Semua peralatan elektrik samada dari dalam atau luar negara perlu mendapat pengesahan daripada ST terlebih dahulu. Begitu juga alat elektrik yang diimport dari luar negara seperti dari negara China dan lain-lain. Mesti mendapat pengesahan ST terlebih dahulu.

 

Back to top

 

5.) Power Saver ini ada pengesahan dari ST ke?

 

Ya, sememangnya ada. Alat ini telah mendapat pengesahan daripada ST sebelum ianya boleh dipasarkan kepada pengguna. Sebab itulah syarikat boleh memasarkannya.

 

Antara kandungan di dalam surat pengesahan daripada ST menyatakan bahawa alat ini adalah Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan.

 

Back to top

 

6.) Apa maksudnya Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan?

 

ST mengkategorikan peralatan elektrik kepada 2 kumpulan iaitu Contol Item atau Barang Kawalan dan Non Control Item atau Barang Bukan Kawalan.

 

Adalah menjadi bidang kuasa ST bahawa peralatan elektrik yang dikategorikan sebagai Barang Kawalan, sebarang pihak atau syarikat pengeluar perlu mendapatkan pegesahan daripada SIRIM terlebih dahulu sebelum digunakan oleh pengguna.

 

Contoh barang kawalan adalah seperti TV, sterika, kipas angin, periuk nasi dan banyak lagi. Senarai barang kawalan boleh didapati dari syarikat ini yang dikeluarkan sendiri oleh ST. Barang-barang ini dapat dibezakan dengan mempunyai label (sticker) SIRIM manakala bukan barang kawalan tidak mempunyai label SIRIM tetapi sah digunakan.

 

Bagi barang kawalan pihak pengeluar perlu memohon kepada SIRIM dan perlu mematuhi beberapa prosidur yang telah ditetapkan oleh pihak SIRIM. Antaranya ialah dengan membuat beberapa ujikaji di SIRIM.

 

Sekiranya tidak berbuat demikian maka ia adalah satu kesalahan dan peralatan tersebut adalah berisiko kepada pengguna samada dari segi keselamatan atau keberkesanannya.

 

Namun demikian alat power saver ini adalah barang bukan kawalan yang mana secara teknikalnya tidak memerlukan pengesahan SIRIM, namun atas kepentingan dan keselamatan pengguna, alat ini juga telah dihantar untuk diuji oleh SIRIM bagi memastikan tahap keberkesanan dan keselematan penggunaannya.

 

Back to top

 

7.) Betul ke Power Saver ini boleh menjimatkan bil elektrik?

 

Itulah tujuan alat ini dicipta. Keberkesanan alat ini telah dibuktikan daripada ujikaji yang telah dilakukan sendiri oleh pihak SIRIM. SIRIM mengesahkan ianya berfungsi sebagaimana tujuan ia dicipta dan berfungsi dengan baik.

 

Tambahan pula, daripada maklumbalas di kalangan pengguna yang menggunakan Power Saver ini, mereka telah memperolehi penjimatan kepada bil  elektrik mereka.

 

Penjimatan antara 10 - 20% kebiasaannya akan direkodkan untuk penjimatan dalam keadaan biasa. Peratusan penjimatan ini bergantung kepada jenis bebanan dan penggunaan peralatan elektrik yang digunakan.

 

Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutamanya penggunaan berhampiran kilang-kilang dan kawasan industri dimana banyak berlaku 'power loss' pada tenaga elektrik.

 

Anda tidak perlu bimbang kerana alat ini dilindungi oleh jaminan wang dikembalikan, maka anda boleh membuat tuntutan sekiranya tiada pengurangan bil yang direkodkan. Syarat jaminan wang dikembalikan adalah seperti yang dinyatakan di bahagian yang berkenaan.

 

Back to top

 

8.) Adakah kerajaan atau pihak ST melarang penggunaan alat ini?

 

Tidak, sebaliknya ia sangat digalakkan kerana alat seperti ini dapat menghasilkan 'high energy rating equipment'. Sebagai contoh, apabila anda membeli penghawa dingin atau mesin basuh baru, anda ada pilihan memilih samada mesin basuh atau penghawa dingin jenis 'high energy rating' atau 'low energy rating'.

 

Peralatan elektrik yang mempunyai 'high energy rating' sebenarnya akan menggunakan tenaga elektrik yang kurang berbanding peralatan yang mempunyai 'low energy rating'.

 

Anda boleh melihat label 'high energy rating' ini kebiasaannya pada kotak peralatan elektrik tersebut.

 

Namun demikian peralatan 'high energy rating' adalah lebih mahal daripada 'low energy rating'. Power Saver ini pula berfungsi sama seperti alat elektrik 'high energy rating' tersebut.

 

Back to top

 

9.) Bagaimana caranya memasang alat ini?

 

Pemasangan Power Saver ini sangat mudah. Cuma masukkan saja plug power saver ini ke soket 13 Amp iaitu soket yang biasa di rumah atau premis anda. Pasangkan di soket yang paling dekat dengan Distribution Box (DB). Kemudian 'on'kan.

 

Jangan gunakan penyambungan soket tambahan atau berkongsi soket dengan plug peralatan elektrik lain apabila memasang Power Saver ini.

 

Back to top

 

10.) Adakah Power Saver ini memerlukan penyelenggaraan?

 

Tidak. Ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan pun. Anda tidak perlu melakukan apa-apa pengubahsuaian atau penggantian pada komponen alat power saver ini sepanjang tempoh penggunaan.

 

Back to top

 

11.) Adakah perlu pengubahsuaian pada pendawaian elektrik sedia ada?

 

Tidak perlu. Anda tak perlu buat sebarang pengubahsuaian pada litar elektrik atau DB anda. Ia sememangnya dicipta secara konsep 'plug & play'. Plug saja ke soket anda.

 

Ya memang ada alat penjimatan elektrik yang lain yang memerlukan anda melakukan pengubahsuaian di DB, tetapi bukan alat penjimatan power saver ini.

 

Back to top

 

12.) Adakah alat ini ada Jaminan atau Warranty?

 

Ya. Oleh kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan dan kualiti produk, Power Saver ini mempunyai jaminan 12 bulan yang merangkumi 'manufacturing' atau 'material defects'.

 

Anda tidak perlu bimbang kerana jika alat ini tidak berfungsi seperti mana biasa dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh beli, maka kami akan gantikan dengan yang baru kepada anda.

 

Back to top

 

13.) Apakah skop Jaminan 12 bulan tersebut?

 

Skop Jaminannya mudah. Tiada yang diselindungkan. Jika ia tidak lagi berfungsi seperti kebiasaannya, berkemungkinan terdapat komponen yang rosak di dalamnya. Salah satu tanda ialah melihat kepada lampu merah yang menyala pada Power Saver ini. Jika ia tidak menyala ketika alat ini 'on'kan, mungkin terdapat kerosakan komponen pada alat ini.

 

Hubungi kami dan hantarkan terus Power Saver tersebut kepada kami secara pos. Sertakan bersama resit jualan atau kad jaminan anda sebagai bukti pembelian.

 

Sebaik kami menerimanya, kami akan menggantikannya dengan yang baru. Tiada kos tambahan penghantaran. Ia PERCUMA!

 

Back to top

 

14.) Apakah yang tidak dijamin dalam tempoh Jaminan 12 bulan?

 

Perkara berikut adalah kerosakan yang tiada dalam jaminan:-

 

  • Jatuh - samada sengaja atau tidak.

  • Diubahsuai - luaran atau dalaman.

  • Kerosakan disebabkan gangguan lain seperti litar pintas.

  • Bencana alam - banjir atau gempa bumi.

 

Back to top

 

15.) Saya berminat dengan alat ini dan ingin membeli. Bagaimana caranya?

 

Untuk membeli sangatlah mudah. Anda boleh membeli dengan cara mengisi borang pesanan dalam laman web ini.

 

Bayaran boleh dilakukan secara bank-in ke Maybank atau CIMB secara online atau melalui mesin ATM.

  

Back to top

 

16.) Jika berlaku kerosakan ketika penghantaran pesanan, bagaimana? Ada jaminan tak?

 

Sistem penghantaran secara Pos Laju adalah cepat dan selamat.

 

Namun jika berlaku kerosakan yang disebabkan semasa penghantaran, pesanan anda adalah dilindungi. Jika ketika menerima alat ini anda merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada alat ini, sila laporkan kepada kami untuk melakukan penghantaran semula.

 

Hantarkan terus Power Saver tersebut kepada kepada kami secara pos. Sertakan bersama resit jualan sebagai bukti belian.

 

Back to top

 

17.) Saya nak mencuba dahulu. Boleh tak bagi free dulu? Kalau berkesan baru saya beli?

 

Memandangkan alat ini mempunyai Jaminan Wang Dikembalikan 6 Bulan, maka cara tersebut adalah tidak praktikal untuk dilakukan.

 

Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh membuat tuntutan jaminan wang dikembalikan sekiranya terbukti tiada pengurangan pada bil bulanan anda.

 

Back to top

 

18.) Adakah alat ini selamat?

 

Ya. Alat ini dicipta mengikut standad pembuatan yang tinggi. Sila lihat komponen dan ciri-ciri keselamatan power saver ini yang dipaparkan di bawah ini: 

 

 

Bagi menjamin aspek keselamatan alat ini, ia juga telah diinsurankan dengan jaminan '1 Million Product Liability Insurance'. Perlindungan insuran ini akan diperbaharui setiap tahun.

 

Ini bermakna anda dilindungi di bawah penggunaan alat ini dan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan sebagainya yang disebabkan oleh alat ini maka anda dilindungi dengan tuntutan sehingga RM1 juta.

 

Back to top

 

19.) Adakah saya perlu onkan power saver ini setiap masa?

 

Ya. Power saver model 188 dan 88 boleh dionkan setiap masa untuk mendapatkan penjimatan yang optimum. Jangan bimbang! walaupun ia dionkan setiap masa tetapi ia tidak akan menggunakan lebihan tenaga kerana ia telah diciptakan dengan teknologi sedemikian rupa.

 

Namun demikian, bagi model 388, ia perlu dioffkan sama seperti penggunaan alat elektrik lain sekiranya anda tidak menggunakan alat elektrik atau meninggalkan premis dalam tempoh yang panjang.

 

Perhatian: Alat ini juga menyimpan tenaga elektrik selama 10 saat selepas ianya dioffkan. Oleh itu tunggulah selama 10 saat sebelum anda mencabut plug daripada soketnya sebagai langkah keselamatan.

 

Back to top

 

20.) Bagaimanakah untuk menentukan model Power Saver yang sesuai untuk saya?

 

Power Saver ini mempunyai 3 model.

 

  • Model 88

  • Model 188

  • Model 388

 

Model 88 adalah untuk bil elektrik bulanan antara RM50-RM70 mengikut tarif kediaman.

 

Model 188 pula adalah sesuai untuk penggunaan bil elektrik kurang RM300 sebulan bagi tarif kediaman. Manakala model 388, adalah sesuai untuk bil elektrik melebihi RM300 dan ke atas bagi tarif kediaman.

 

Jadual di bawah adalah sebagai panduan anda mengenalpasti model yang sesuai untuk anda.

 

Anda boleh melihat kepada KWH penggunaan sebulan untuk bil-bil tarif selain daripada tarif kediaman. Contoh jika bil tarif anda adalah perdagangan atau perniagaan maka anda perlu melihat kepada jumlah penggunaan KWH bulanan untuk menentukan model yang sesuai.

 

Model

 

Kegunaan Bulanan

Kegunaan Bulanan

Single Phase

* 1 unit power saver diperlukan

 

3 Phase

* 3 unit power saver diperlukan

 

 

Power Saver

Model 88

 

150KWH - 350KWH

atau

RM30 - RM100

(tarif kediaman)

 

 

 

- Tidak Sesuai -

 

Power Saver

Model 188

 

350KWH - 1,000KWH

atau

RM100 - RM350

(tarif kediaman)

 

750KWH - 2,000KWH

atau

RM250 - RM800

(tarif kediaman)

 

 

Power Saver

Model 388

 

500KWH - 2,000KWH

atau

RM150 - RM800

(tarif kediaman)

 

1,500KWH - 6,000KWH

atau

RM600 - RM2,600

(tarif kediaman)

 

 * Anggaran bil mengikut tarif terkini TNB pada Julai 2008.

 

Jangan bimbang, jika anda menghadapi masalah untuk pemilihan model, sila hubungi terus kami untuk mengenalpasti model yang sesuai untuk anda.

 

Back to top

 

21.) Apakah bezanya pemasangan untuk Single Phase dengan 3 Phase?

 

Untuk pendawaian Single Phase anda hanya perlu memasang 1 unit power saver sahaja mengikut model yang dinyatakan di atas.

 

Namun untuk 3 Phase, anda memerlukan 3 unit power saver untuk dipasang pada soket setiap phase. Ini kerana penjimatan perlu dilakukan pada ketiga-tiga phase untuk mendapatkan penjimatan yang optima.

 

Rujuk rajah pemasangan Single Phase dan 3 Phase di bawah:

 

Rajah pemasangan Single Phase dan 3 Phase:

 

     Single Phase             3 Phase (merah, coklat/kuning, biru)

 

Sila klik di sini untuk tips mengenal pasti fasa premis anda.

 

Back to top

 

22.) Bolehkah ketiga-tiga model tersebut digunakan pada Single Phase atau 3 Phase?

 

Ya boleh. Ketiga-tiga model 88, 188 dan 388 boleh dipasang samada pada Single dan 3 Phase. Ini kerana pemilihan model bukan bergantung kepada phase tetapi ianya bergantung kepada bil atau KWH penggunaan bulanan bil elektrik anda.

 

Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti jumlah bil bulanan anda setiap bulan bagi mendapatkan model yang betul.

 

Back to top

 

23.) Apakah saiz sebenar Power Saver ini. Besar ke kecil?

 

Kesemua saiz power saver adalah sama walaupun modelnya berbeza.

 

Size: 126X138X80mm. 

Berat: Model 88 - 600g, Model 188 - 700g, Model 388 - 800g

 

Lihatlah saiz sebenar hanya sebesar tapak tangan.

 

 

Back to top

 

 

Laman Utama | Order | Soalan Lazim | Jadi Agen | Hubungi Kami

 

 

Copyright © Advantech4U. All rights reserved.